Manifesto: Melestarikan gagasan Penerus Tradisi, Menyempurna Misi melalui 3 pendekatan utama iaitu :
1) To Enrich –Memperbaiki dan menambah baik pengurusan aktiviti yang telah dijalankan. Pengayaan dari segi ilmu, pendidikan dan pengalaman ke arah menjadi pelajar yang lebih professional dan berintegriti.
2) To Excel – Penekanan kepada prestasi akademik dan sahsiah diri setiap pelajar bagi melahirkan pelajar yang seimbang melalui program seminar kepimpinan, kem motivasi dan simposium kerjaya.
3) To Unify – Membentuk perpaduan dikalangan pelajar yang berbilang bangsa dan agama melalui pelbagai aktiviti seperti forum perpaduan, pertukaran budaya, dan konvensyen mahasiswa.
Dalam profil calon untuk pilihanraya pada kali ini, saya ada meletakkan rekod penglibatan saya dalam Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) dan Briged Bakti Malaysia (BBM).
Memandangkan ada pertanyaan dari rakan-rakan tentang kedua-dua badan NGO ini, saya sertakan video tentang pertubuhan ini.
0 개의 댓글:
댓글 쓰기