[ Manifesto ]
Motto:


Manifesto:
Melestarikan gagasan Penerus Tradisi, Menyempurna Misi
melalui 3 pendekatan utama iaitu :


1) To EnrichMemperbaiki dan menambah baik
pengurusan aktiviti yang telah dijalankan.
Pengayaan dari segi ilmu, pendidikan dan pengalaman
ke arah menjadi pelajar yang lebih professional dan berintegriti.


2) To Excel – Penekanan kepada prestasi akademik
dan sahsiah diri setiap pelajar bagi melahirkan
pelajar yang seimbang melalui program
seminar kepimpinan, kem motivasi dan simposium kerjaya.



3) To Unify – Membentuk perpaduan dikalangan pelajar
yang berbilang bangsa dan agama melalui
pelbagai aktiviti seperti forum perpaduan,
pertukaran budaya, dan konvensyen mahasiswa.



2009년 11월 3일 화요일

The Power of Unity


Where there is unity
there is always victory.


KAMIL HALIM

[+/-] Baca Seterusnya...

The Enrich

Melalui pendekatan To Enrich, gerak kerja bersepadu akan dilakukan untuk memperbaiki pengurusan dan struktur perlaksanaan aktiviti yang telah dijalankan. Sebagai memenuhi citarasa ahli PPMK, penambahbaikan ini akan meliputi aspek kebajikan, pendidikan dan juga perpaduan yang menjadi teras kepada keutuhan sesebuah persatuan pelajar.

Aktiviti-aktiviti tahunan PPMK seperti Hari Sukan, Family Day dan lain-lain akan tetap diteruskan, tetapi akan melalui proses penginovasian kearah yang lebih baik. Saya juga akan memberi penekanan kepada kualiti program, bukan kepada kuatiti semata-mata. Oleh itu, aktiviti yang dirancang tidaklah terlalu padat dan memberi keselesaan kepada anda semua untuk menyertainya.

Antara pelan tindakan yang sudah dirancang adalah seperti berikut :


(1) Mencari formula terbaik untuk menarik kehadiran ramai ahli PPMK ke sesuatu program.

(2) Merangka perjumpaan berkala dengan wakil-wakil dari setiap batch dan komuniti 1 Malaysia.

(3) Membentangkan agenda tahunan kepada umum, sebelum diluluskan untuk perlaksanaan.

(4) Ketelusan dalam urusan kewangan akan diberi perhatian.

(5) Mencari formula terbaru untuk memudahkan urusan claim / perubatan.

(6) Menyediakan ruangan feedback / maklum balas daripada semua ahli selepas tamat sesuatu aktiviti.


Gerak kerja sebegini akan memastikan PPMK terus relevan sebagai wadah perjuangan utama pelajar Malaysia di Korea.


Kamil Halim


[+/-] Baca Seterusnya...

2009년 11월 2일 월요일

Effective Leaders


Effective leaders help others to understand
the necessity of change
and to accept a common vision
of the desired outcome.

KAMIL HALIM

[+/-] Baca Seterusnya...

To Excel

Menyedari matlamat utama kita dihantar ke sini ialah sebagai duta kecil pendidikan. Maka di samping bergembira dengan aktiviti-aktiviti tahunan PPMK, penekanan kepada prestasi akademik tidak seharusnya dipandang mudah.

Sehubungan itu di bawah manifesto “To Excel”, penekanan yang bersepadu akan diberikan terhadap aspek pendidikan bagi melahirkan mahasiswa yang seimbang dan cemerlang dalam semua aspek kehidupan.

Untuk itu, bagi mewujudkan persaingan yang sihat di kalangan para pelajar terutamanya dalam aspek pendidikan, beberapa perancangan telah disusun atur. Antaranya ialah :


(1) Mewujudkan anugerah tahunan bagi pelajar cemerlang mengikut peringkat pengajian Bahasa Korea, Diploma dan Ijazah.

(2) Meneruskan program Simposium Kerjaya untuk pelajar tahun akhir.

(3) Mewujudkan program Motivasi Tahunan PPMK.

(4) Meneruskan gerak usaha untuk membuka lebih banyak universiti untuk pelajar Malaysia di Korea.


Perancangan-perancangan ini juga disusun atur bagi mempersiapkan para mahasiswa dengan suasana selepas belajar yang pasti lagi mencabar dan menuntut kemahiran yang tinggi untuk saling bersaing.


Kamil Halim

[+/-] Baca Seterusnya...

2009년 10월 31일 토요일

To Unify


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Merujuk kepada soalan Shaze dari batch 5, maka kesempatan yang seketika ini saya gunakan untuk menjawab dan menjelaskan komitmen saya di bawah agenda To Unify.

Menginsafi bahawa perpaduan merupakan tunjang utama kekuatan sebuah organisasi, maka satu pengemblengan tenaga secara menyeluruh akan digerakkan bagi memastikan entiti kepelbagaian bangsa dan agama ini dapat disatukan di bawah PPMK.

Melalui pendekatan “To Unify”, satu inovasi bersepadu akan digerakkan bagi memastikan misi untuk menarik komuniti 1 Malaysia berkumpul dalam setiap program dapat dijayakan. Usaha ke arah perpaduan ini juga akan melibatkan usaha mencipta program-program baru yang akan memberikan impak yang maksima buat semua.

Antara perancangan yang telah difikirkan ialah :


(1) Memberi peluang kepada Non-Malay untuk menjayakan sekurang-kurangnya 2 aktiviti yang boleh disertai oleh semua komuniti Malaysia di Korea.

(2) Menjayakan Minggu Pertukaran Budaya Malaysia bagi menyemai semangat perpaduan di kalangan semua pelajar di Korea.

(3) Memberi sokongan kepada kelab-kelab alternatif seperti KUK, LabuLabi, KIMS, MSFC dan MCSK untuk bergerak dalam satu matlamat yang sama.

(4) Fokus terhadap aspek perpaduan dalam setiap aktiviti yang akan diadakan.

(5) Sentiasa turun padang untuk bersemuka dengan setiap komuniti bagi mencari kelemahan yang timbul.


Penganjuran Forum Unity For Peace pada sesi lepas yang julung-julung kali diadakan merupakan langkah permulaan saya ke arah mengintegrasikan PPMK semaksima mungkin.

Dan gambar di atas membuktikan komitmen saya untuk mencari penyelesaian bagi masalah ini untuk terus merintis ke arah sebuah perpaduan. Terima Kasih

Kamil Halim

[+/-] Baca Seterusnya...

2009년 10월 30일 금요일

Dibalik Motto "Penerus Tradisi, Menyempurna Misi"


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada kesempatan ini, saya akan menerangkan maksud dibalik motto "Penerus Tradisi, Menyempurna Misi" yang merupakan idea gagasan saya ke arah memperkasakan PPMK pada sesi yang akan datang.

Pada dasarnya, PPMK sedang melalui proses perubahan dan pembaharuan yang mengambil masa yang lama untuk menyempurnakan sepenuhnya misi tersebut. Misi untuk memperkasakan PPMK sebagai sebuah persatuan yang profesional adalah merupakan antara intipati utama terhadap komitmen saya ini.

Pada sesi lepas, kita dapat menyaksikan perubahan dari segi aktiviti dan struktur PPMK itu sendiri telah berjaya dilakukan walaupun tidak cukup sempurna, sekurang-kurangnya ia membuktikan yang kita mampu melakukan perubahan itu tanpa menafikan kehendak semua ahli PPMK.

Jadi, ironinya motto yang saya gunakan ini adalah untuk menjelaskan komitmen saya dalam meneruskan usaha pembaharuan ini beserta penambahbaikan pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan dengan harapan agar misi itu dapat disempurnakan.

Penambahbaikan ini meliputi aspek kebajikan, pendidikan dan juga perpaduan yang menjadi teras kepada keutuhan sesebuah persatuan pelajar. Dan dengan harapan agar pembaharuan ini mendapat sokongan yang menyeluruh dari setiap ahli PPMK yang berbilang bangsa dan agama.

Maka komitmen ini saya lestarikan melalui gagasan “Penerus Tradisi, Menyempurna Misi” yang akan meyakinkan anda semua tentang komitmen saya untuk memimpin dan merintis jalan terbaik kearah yang lebih sempurna.


Kamil Halim

[+/-] Baca Seterusnya...

2009년 10월 29일 목요일

Persoalan : Profil Diri

Dalam profil calon untuk pilihanraya pada kali ini, saya ada meletakkan rekod penglibatan saya dalam Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) dan Briged Bakti Malaysia (BBM).


Memandangkan ada pertanyaan dari rakan-rakan tentang kedua-dua badan NGO ini, saya sertakan video tentang pertubuhan ini.

Harap menjawab persoalan.


VIDEO GPTD





VIDEO BRIGED BAKTI MALAYSIA (BBM)





[+/-] Baca Seterusnya...

[ Artikel Menarik ]
[ Komentar Pelawat ]