Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Pada kesempatan ini, saya akan menerangkan maksud dibalik motto "Penerus Tradisi, Menyempurna Misi" yang merupakan idea gagasan saya ke arah memperkasakan PPMK pada sesi yang akan datang.
Pada dasarnya, PPMK sedang melalui proses perubahan dan pembaharuan yang mengambil masa yang lama untuk menyempurnakan sepenuhnya misi tersebut. Misi untuk memperkasakan PPMK sebagai sebuah persatuan yang profesional adalah merupakan antara intipati utama terhadap komitmen saya ini.
Pada sesi lepas, kita dapat menyaksikan perubahan dari segi aktiviti dan struktur PPMK itu sendiri telah berjaya dilakukan walaupun tidak cukup sempurna, sekurang-kurangnya ia membuktikan yang kita mampu melakukan perubahan itu tanpa menafikan kehendak semua ahli PPMK.
Jadi, ironinya motto yang saya gunakan ini adalah untuk menjelaskan komitmen saya dalam meneruskan usaha pembaharuan ini beserta penambahbaikan pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan dengan harapan agar misi itu dapat disempurnakan.
Penambahbaikan ini meliputi aspek kebajikan, pendidikan dan juga perpaduan yang menjadi teras kepada keutuhan sesebuah persatuan pelajar. Dan dengan harapan agar pembaharuan ini mendapat sokongan yang menyeluruh dari setiap ahli PPMK yang berbilang bangsa dan agama.
Maka komitmen ini saya lestarikan melalui gagasan “Penerus Tradisi, Menyempurna Misi” yang akan meyakinkan anda semua tentang komitmen saya untuk memimpin dan merintis jalan terbaik kearah yang lebih sempurna.
Kamil Halim
0 개의 댓글:
댓글 쓰기