[ Manifesto ]
Motto:


Manifesto:
Melestarikan gagasan Penerus Tradisi, Menyempurna Misi
melalui 3 pendekatan utama iaitu :


1) To EnrichMemperbaiki dan menambah baik
pengurusan aktiviti yang telah dijalankan.
Pengayaan dari segi ilmu, pendidikan dan pengalaman
ke arah menjadi pelajar yang lebih professional dan berintegriti.


2) To Excel – Penekanan kepada prestasi akademik
dan sahsiah diri setiap pelajar bagi melahirkan
pelajar yang seimbang melalui program
seminar kepimpinan, kem motivasi dan simposium kerjaya.



3) To Unify – Membentuk perpaduan dikalangan pelajar
yang berbilang bangsa dan agama melalui
pelbagai aktiviti seperti forum perpaduan,
pertukaran budaya, dan konvensyen mahasiswa.



2009년 10월 31일 토요일

To Unify


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Merujuk kepada soalan Shaze dari batch 5, maka kesempatan yang seketika ini saya gunakan untuk menjawab dan menjelaskan komitmen saya di bawah agenda To Unify.

Menginsafi bahawa perpaduan merupakan tunjang utama kekuatan sebuah organisasi, maka satu pengemblengan tenaga secara menyeluruh akan digerakkan bagi memastikan entiti kepelbagaian bangsa dan agama ini dapat disatukan di bawah PPMK.

Melalui pendekatan “To Unify”, satu inovasi bersepadu akan digerakkan bagi memastikan misi untuk menarik komuniti 1 Malaysia berkumpul dalam setiap program dapat dijayakan. Usaha ke arah perpaduan ini juga akan melibatkan usaha mencipta program-program baru yang akan memberikan impak yang maksima buat semua.

Antara perancangan yang telah difikirkan ialah :


(1) Memberi peluang kepada Non-Malay untuk menjayakan sekurang-kurangnya 2 aktiviti yang boleh disertai oleh semua komuniti Malaysia di Korea.

(2) Menjayakan Minggu Pertukaran Budaya Malaysia bagi menyemai semangat perpaduan di kalangan semua pelajar di Korea.

(3) Memberi sokongan kepada kelab-kelab alternatif seperti KUK, LabuLabi, KIMS, MSFC dan MCSK untuk bergerak dalam satu matlamat yang sama.

(4) Fokus terhadap aspek perpaduan dalam setiap aktiviti yang akan diadakan.

(5) Sentiasa turun padang untuk bersemuka dengan setiap komuniti bagi mencari kelemahan yang timbul.


Penganjuran Forum Unity For Peace pada sesi lepas yang julung-julung kali diadakan merupakan langkah permulaan saya ke arah mengintegrasikan PPMK semaksima mungkin.

Dan gambar di atas membuktikan komitmen saya untuk mencari penyelesaian bagi masalah ini untuk terus merintis ke arah sebuah perpaduan. Terima Kasih

Kamil Halim

[+/-] Baca Seterusnya...

2009년 10월 30일 금요일

Dibalik Motto "Penerus Tradisi, Menyempurna Misi"


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada kesempatan ini, saya akan menerangkan maksud dibalik motto "Penerus Tradisi, Menyempurna Misi" yang merupakan idea gagasan saya ke arah memperkasakan PPMK pada sesi yang akan datang.

Pada dasarnya, PPMK sedang melalui proses perubahan dan pembaharuan yang mengambil masa yang lama untuk menyempurnakan sepenuhnya misi tersebut. Misi untuk memperkasakan PPMK sebagai sebuah persatuan yang profesional adalah merupakan antara intipati utama terhadap komitmen saya ini.

Pada sesi lepas, kita dapat menyaksikan perubahan dari segi aktiviti dan struktur PPMK itu sendiri telah berjaya dilakukan walaupun tidak cukup sempurna, sekurang-kurangnya ia membuktikan yang kita mampu melakukan perubahan itu tanpa menafikan kehendak semua ahli PPMK.

Jadi, ironinya motto yang saya gunakan ini adalah untuk menjelaskan komitmen saya dalam meneruskan usaha pembaharuan ini beserta penambahbaikan pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan dengan harapan agar misi itu dapat disempurnakan.

Penambahbaikan ini meliputi aspek kebajikan, pendidikan dan juga perpaduan yang menjadi teras kepada keutuhan sesebuah persatuan pelajar. Dan dengan harapan agar pembaharuan ini mendapat sokongan yang menyeluruh dari setiap ahli PPMK yang berbilang bangsa dan agama.

Maka komitmen ini saya lestarikan melalui gagasan “Penerus Tradisi, Menyempurna Misi” yang akan meyakinkan anda semua tentang komitmen saya untuk memimpin dan merintis jalan terbaik kearah yang lebih sempurna.


Kamil Halim

[+/-] Baca Seterusnya...

2009년 10월 29일 목요일

Persoalan : Profil Diri

Dalam profil calon untuk pilihanraya pada kali ini, saya ada meletakkan rekod penglibatan saya dalam Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) dan Briged Bakti Malaysia (BBM).


Memandangkan ada pertanyaan dari rakan-rakan tentang kedua-dua badan NGO ini, saya sertakan video tentang pertubuhan ini.

Harap menjawab persoalan.


VIDEO GPTD





VIDEO BRIGED BAKTI MALAYSIA (BBM)





[+/-] Baca Seterusnya...

2009년 10월 27일 화요일

Penerus Tradisi, Menyempurna Misi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pertama sekali saya ingin merakamkan ucapkan terima kasih atas pencalonan dan kepercayaan yang telah diberikan kepada saya untuk bertanding bagi jawatan Presiden Persatuan Pelajar Malaysia Korea (PPMK) bagi sesi ini.

Saya Mohd Kamil Bin Ab Halim, pelajar tahun 3 SungKyungKwan Universiti , berpaksikan kepada gagasan “Penerus Tradisi, Menyempurna Misi” dengan ini menyatakan dengan sepenuh hati dan komitmen untuk meneruskan misi menyemarakkan sinar kegemilangan PPMK bagi sesi 2009/2010.

Sebagai calon Presiden, saya sedar tanggungjawab yang bakal dipikul. Bertanggungjawab penuh ke atas semua portfolio di dalam pentadbiran PPMK dan juga bertindak mengawasi setiap perjalanan aktiviti-aktiviti PPMK supaya ia selari dengan misi yang telah direncanakan.

Menyelami status PPMK yang semakin melonjak naik namanya, saya mempunyai komitmen yang tinggi untuk terus memperkasakan PPMK melalui beberapa pendekatan yang
bersifat kolektif dan gerak kerja yang menyeluruh bagi memastikan organisasi berfungsi pada tahap maksima.

Maka komitmen ini saya lestarikan melalui wadah manifesto saya yang terlakar moto, visi dan misi yang akan meyakinkan anda semua tentang komitmen saya untuk memimpin dan merintis jalan terbaik ke arah yang lebih sempurna.

Kesediaan ini merupakan keyakinan bagi diri saya. Kerana saya mengerti, persepsi yang positif ini akan menghasilkan sebuah kepercayaan dan sebuah kepercayaan akan menghasilkan tindakan dan gerak kerja yang berterusan.

Apapun, pastikan pilihan anda adalah yang terbaik buat PPMK.

Yang benar,
Kamil Halim
(Calon Presiden PPMK 2009/2010)

[+/-] Baca Seterusnya...

[ Artikel Menarik ]
[ Komentar Pelawat ]