Menyedari matlamat utama kita dihantar ke sini ialah sebagai duta kecil pendidikan. Maka di samping bergembira dengan aktiviti-aktiviti tahunan PPMK, penekanan kepada prestasi akademik tidak seharusnya dipandang mudah.
(1) Mewujudkan anugerah tahunan bagi pelajar cemerlang mengikut peringkat pengajian Bahasa Korea, Diploma dan Ijazah.
(2) Meneruskan program Simposium Kerjaya untuk pelajar tahun akhir.
(3) Mewujudkan program Motivasi Tahunan PPMK.
(4) Meneruskan gerak usaha untuk membuka lebih banyak universiti untuk pelajar Malaysia di Korea.
Perancangan-perancangan ini juga disusun atur bagi mempersiapkan para mahasiswa dengan suasana selepas belajar yang pasti lagi mencabar dan menuntut kemahiran yang tinggi untuk saling bersaing.
Kamil Halim
1 개의 댓글:
Hadis riwayat Ibnu Umar ra.:
"Dari Nabi saw. bahwa beliau bersabda: Ketahuilah! Masing-masing kamu adalah pemimpin, dan masing-masing kamu akan dimintai pertanggungjawaban terhadap apa yang dipimpin. Seorang raja yang memimpin rakyat adalah pemimpin, dan ia akan dimintai pertanggungjawaban terhadap yang dipimpinnya. Seorang suami adalah pemimpin anggota keluarganya, dan ia akan dimintai pertanggungjawaban terhadap mereka. Seorang istri juga pemimpin bagi rumah tangga serta anak suaminya, dan ia akan dimintai pertanggungjawaban terhadap yang dipimpinnya. Seorang budak juga pemimpin atas harta tuannya, dan ia akan dimintai pertanggungjawaban terhadap apa yang dipimpinnya. Ingatlah! Masing-masing kamu adalah pemimpin dan masing-masing kamu akan dimintai pertanggungjawaban atas apa yang dipimpinnya".Sahutlah cabaran ini dan tunaikanlah yg hak(benar) kerana yang hak itu akan muncul dan yang batil itu akan tenggelam. InshaAllah anta boleh."Fastaqim kama umirta,fasbir inna sabran jamiila, intansurullah yansurukum wasabbit aqdamakum"..
댓글 쓰기